Untuk negara yang tak seberapa besar macam Malaysia nih, kita sebagai pengguna adalah sangat bertuah sebab ada banyak syarikat penerbangan. Kenapa bertuah ? Banyak persaingan, harga lebih kompetitif, baik untuk pengguna. Jadi, kalau ada perancangan nak balik kampung raya nih & nak nampak lebih bergaya sebab keluarga kena jemput dekat airport, naik (syarikat penerbangan) apa paling murah ?
Untuk case study kita pada hari ini ;
Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu
Tarikh sampai Kota Bharu - 14 Ogos
Tarikh balik Kuala Lumpur - 20 Ogos
Target pembeli : Mereka yang tak dapat cuti raya awal awal.
Raya adalah pada 8 Ogos.
Kita mula dengan yang paling murah hingga ke yang paling mahal (jangan terkejut dengan keputusan tempat terakhir tuh. Spoiler alert - last place bukan MAS)
Paling murah : Firefly

Lagi murah dari naik bas oi (RM 104 selepas kenaikan 30% terima kasih Najib, janji dicapati)
Kelebihan
Tiket murah, dan ada baggage allowance sebanyak 20kg (boleh lah bawak balik kampung kuih muih dan baju raya untuk anak-anak) , boleh kumpul point untuk MAS Enrich, dan naik dekat Subang, lagi dekat daripada KLIA / LCCT
Kekurangan
Naik dekat Subang juga adalah satu kelemahan, sebab tiada perkhidmatan pengangkufan awam sangat. Dan juga mentaliti rakyat Malaysia yang kapal terbang kipas kat luar nih, (ATR 72-500/600) adalah sangat membahayakan sebab nanti tercabut. Karut semua tuh.
Tempat kedua : Airasia


*clap clap*
Walaupun tak termurah, tapi masih murah. Dan kalau tak silap, Airasia punya pricing adalah dynamic pricing - harga tiket berdasarkan demand. Maknanya, lepas tiket murah dah habis, tiket akan naik harga, sampailah nak dekat hari nak terbang. Sebab tuh bila esok nak terbang, hari ni baru nak beli tiket, harga mengalahkan MAS.
Nasihat - rancang perjalanan anda 1-2 bulan kalau nak beli tiket Airasia.
Kebaikan
Naik dekat LCCT (kalau KLIA 2 tak siap lagi) - ada ERL (RM 12.50) & banyak Bas dari KL Sentral (RM 8). Murah. Crew Airasia juga adalah sangat hot, ini takde siapa dapat nafikan.
Kelemahan
Tiada baggage allowance, nak masukkan bag dekat ruangan kargo, kena bayar lebih. Crew Airasia juga adalah satu kekurangan sebab ye lah, lagi lagi korang jenis cepat terangsang terangsang :P
Tempat ketiga - MAS :O
.jpeg)
Sebelum tuh, eh eh, mana lagi satu penerbangan tambang murah tuh ?
Dengan RM 242, naik MAS boleh dikatakan harga murah bagi MAS.
Kekuatan
Naik dekat KLIA (senang, dan lagi selesa dari LCCT). Crew MAS adalah yang terbaik di dunia, jadi layanan adalah 5 Bintang. Berbanding Airasia & Firefly, setiap tempat duduk MAS (Boeing 737-800) ada In Flight Entertainment. Alah, yang TV dekat seat tuh lah (=.=) Jadi, sambil sambil tuh boleh dengar lagu dan tengok movie. Atau lebih afdhal, baca Quran sebab bulan puasa lagi.
Kelemahan
Harga. Tapi servis adalah berbaloi baloi.
Tempat terakhir - Malindo
.jpeg)
.jpeg)
Not just low cost. Seriously Malindo ?
Disclaimer : Harga adalah tepat setakat pukul 10.22 AM.
.